Saturday, 29 September 2018

Last day





28/9/2018

Surely it is the date to remember.

      Pertama kalinya sepanjang 20 tahun lebih aku hidup. Aku tak rasa sakit kepala untuk kerja sebagai orang dewasa. Aku kerja dekat mana? Tak perlu tahulah.   Rahsia. Aku kerja sebagai cikgu. Secara generalnya aku cikgu untuk reading je, bukan cikgu yang mengajar dekat depan kelas bersahabat baik dengan papan putih dan marker.  Ceritanya bermula apabila aku alhamdulillah dengan izin-Nya dapat cuti semester break tanpa perlu burn cuti sebulan aku semata-mata nak ulang final paper. 

           Nak dijadikan cerita, aku memang mereput dekat rumah. Lepas tu out of the blue along hantar mesej whatsApp dekat aku yang tengah berguling atas sofa sambil tangkap pokemon yang tengah melompat-lompat dekat skrin telefon.



Alang esk tlg along kt school
Mau dak?

Boss along panggil ðŸ˜† 

X cukup teacher



          Bermula dengan mesej pendek tu. Aku dengan hati yang antara rela dengan tidak. Akhirnya lapor diri keesokannya. Sikit yang aku tahu. Takdir Dia untuk aku datang mengajar budak-budak tu dan tolong bos along aku yang tengah dalam kesusahan sebenarnya adalah satu nikmat yang tak ternilai. To be honest i am not that fond and kind towards kids, i might gobble them up. Alive. I warned my sister about it.  Entah, dia cuma cakap okay. Jadi aku pun pergi jelah dengan niat nak menolong.

            Hari pertama, along bagi amaran dekat anak-anak syurga tu supaya tak buli aku. Awalnya aku tak faham sangat. It supposed to be vice versa wasn't it? Lama kelamaan baru aku faham. Aku memang tak boleh nak marah diorang sebab jauh dekat hati aku. Aku nak diorang anggap aku ni macam kawan diorang je. But, you know... ada beza antara menjadi kawan dan dihormati sebagai seorang yang lebih tua. Urgghh! Aku kena siapkan cerpen untuk zine. Jadi berhenti dekat sini. Aku akan update lagi gambar budak-budak tu dekat blog dengan few words of them that struck my heart like crazy. Till then, daa~~

Wednesday, 12 September 2018

Rooftop- Farrah Izzlorna

Image result for rooftop farah izzlorna


'Kindness can also kill'

Tajuk: Rooftop
Penulis:Farrah Izzlorna
Genre: Fiksyen, Misteri, Romantik(kut?)
Penerbit: Prolog Media
Cetakan pertama: Sept 2016
Harga: Rm 24.00
M/S : 338 m/s

SINOPSIS
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengarnya?
Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.
Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?

K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi

Akhirnya, mereka bersahabat. Namun, ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.

Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?

"Aya, kebaikan juga boleh membunuh."


KOMEN

Okay.. mari kita teruskan kehidupan... Alhamdulillah, mohon kepada stalker untuk hiraukan segala post yang dulu-dulu punya. Merapu je banyak tapi untuk review novel ni in shaa Allah tak melalut.

Positif: Bagi aku novel ni best, bolehlah.. sebab just in a day aku dah boleh habiskan sebab addict maknanya penulis novel ni memang sangat pandai memanipulasi cerita untuk buat orang teruskan membaca non- stop satu lagi credit kepada penulis sebab no such things like mushy lovey dovey extra cheese scene inside the novel. Novel yang simple tapi awesome.

Untuk 'hantu' novel yang nak sikit kelainan novel ni mungkin antara yang terbaik sebab tak klise ataupun rare untuk writer buat jalan cerita macam ni. Jalan cerita memang sangat smooth dan gempak. Cerita dalam novel ni macam ada dark side sikitlah macam tu jadi kepada sesiapa yang ilmu tak cukup pasal paranormal ni jangan fikir lebih-lebih.. semua fiksyen dan rekaan semata. Dari segi gaya bahasa memang sesuai untuk yang sedang-sedang dalam sastera yang suka bahasa santai yang tak suka ayat kerawang berplanet pluto bagai. Untuk inspirasi... novel ni ada banyak hidden motivation jugak, syabas kepada writer.

Negatif: Lain orang lain pendapat tau... ini just komen untuk penulis supaya dapat perbaiki penulisan untuk novel seterusnya in shaa Allah. serius novel ni gempak jugak arr... tapi ending.. eshh.. kecewa sikitlah. sebab aku bayang K tu tak adalah  tua sangat dalam awal 30-an gitu sebab roh dia waktu jumpa Aya pun gaya macam jambu je tapi aku suka watak K dan yeah.. kecewa jugak sebab ending Aya dengan K tak banyak.

Dan yaa.. kebebasan penulis kan.. i put my trust on you Farrah hoping for more great novel. Cherio~~ sekian... Wallahua'lam

Wanita- Amirul Uzair

Wanita, 

Insan yang diciptakan Tuhan,
Diberi pelbagai kelebihan,
Darjatnya juga ditinggikan.

Diciptakan selemah-lemah insan, 
Namun dihadirkan lelaki sebagai peneman,
Menjadi pelindung dan penunjuk jalan,
Dalam menempuhi liku-liku kehidupan.

Kalian mulai lupa, 
Akibat taksub indah dunia, 
Aurat diri tidak dijaga,
Dibiar ajnabi mencuci mata,
Suara mulai dibiar manja,agar sang jejaka mula tergoda,

Tidakkah kalian sedari?
Neraka ditempah buat bapa sendiri, 
Kerana mengikut arus duniawi,
Yang digelar 'fesyen terkini'.

Jagalah maruahmu sang puteri, 
Dari dijadikan permainan lelaki, 
Kehormatan diri dijaga rapi, 
Hadiah bermakna buat sang suami,

Hendaklah dijaga bicaramu itu,
Dari mengumpat tentang sesuatu,
Jangan dicerita keburukan individu, 
Nasibmu sendiri pun belum tentu.

sedarlah muslimah
daripada picisan yang tiada erti, 
darjatmu diangkat disanjung semua, 
kau diktiraf sebaik-baik hiasan dunia, 
lantas,  mengapa kau memilih menjadi melukut lagi?


-Amirul_Uzair-







 Ucapan tuan tanah:

 Assalamualaikum. Buat pemenang puisi raya anjuran NoHR di wattpad. Tahniah buat penulis di atas yang berjaya.  Siap dapat kad dan duit raya lagi. Tahniah, Am. Oh, ya! maaf sebab lambat publish puisi kamu ya. Untuk pembaca yang bertandang yang nak mengenali penulis ni dengan lebih dekat boleh pergi ke link ini, Amirul_Uzair. Berikut merupakan laman web rasmi wattpad beliau. Selamat membaca karyanya!