Monday, 19 August 2019

De Anne




"Umm... boleh panggil saya En. Bunyinya sepatutnya ikut ejaan A.N.N.E tapi panggil je En. Jadi nama awak?"- Nurul Hanna Dhamirah

Jenuh Si En melancarkan sesi ramah mesra semata-mata mahu membuka mulut Muhammad Abdul Fattah a.k.a Co yang nama timangannya entah turun dari langit ke berapa dia pun tidak tahu. Namun, apabila hakikat terbentang depannya. Dia pun diam tidak terkata apa.

"Co tu dia... umm...  macam... macam mana eh nak cakap? Dia mute sebenarnya. Dia... bisu."- Azam

Sejak daripada itu En cuba sehabis baik menjadi heroin dalam sut besi buat seorang lelaki yang dipanggil Co. Bagi Co pula dia rimas, dia telah terlalu terbiasa dengan sikap terlebih melindungi orang di sekelilingnya dan apabila timbul pula En yang tak ubah macam belangkas. Memang dia terasa mahu jentik dahi gadis itu biar terpelanting hingga ke Lautan Artik.

Lama kelamaan En tenggelam makin jauh dalam kehidupan peribadi Co yang menyebabkan gadis itu sedar dalam tenang Co, dia sebenarnya memendam pelbagai rasa yang tak mampu dikongsi. Sedar akan garisan yang telah dilepasi En. Co menghilangkan diri daripada En supaya mereka tidak lagi terkait. Tapi benarkah sampai situ takdir mereka?

"Disebabkan kau dah tolong aku. Aku akan tunaikan satu permintaan, apa kau nak?"- Reza

'I can't love her. But this time, let me protect her in the shadow'- Muhammad Abdul Fattah








Sila tekan bab-bab di bawah untuk membaca selanjutnya.

(Bab 1) (Bab 2) (Bab 3) Loading...



No comments:

Post a Comment