Wednesday, 2 January 2019

Apa kita nak?

Assalamualaikum,

Entry pertama sempena 2019. Boleh tahan berdebu blog aku ni.😂

Alhamdulillah dah lepas Progress Test dan tak gagal macam Year 1. Keperluan dan kehendak. Setiap daripada kita ada sisi putih, hitam dan kelabu.

Soalannya satu, apa yang hati kita nak sebenarnya?

Entahlah, jujurnya aku pun tak tahu apa yang aku nak masa hidup dekat dunia ni. Still ... our life is too short. Jangan sia-siakan apa-apa yang kita ada. Mungkin kita dapat banyak benda masa 2018 misalnya tak bermakna 'benda' tu aka kekal 2019. Kita nak sesuatu tapi kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya kita dah ada pun benda tu. Benda apa? Tak kisahlah benda apapun.

Aku macam ada benda sikit nak komen bila orang kita nak sangat ikut jejak langkah orang lain. Korang ... setiap daripada kita ada identiti sendiri. Kenapa taksub dengan kehidupan orang sedangkan kita ada kehidupan kita sendiri? Kita selalu perlekeh kehidupan sendiri dan bandingkan dengan orang lain. Boleh kalau nak dibandingkan tapi jangan secara berlebihan.

Jangan terlalu ikut orang. Sangatlah menyedihkan kalau korang dah buat benda yang betul dan berada di dalam laluan yang betul. Tiba-tiba korang menyimpang sebab ikut orang. Ada masanya kita perlu duduk sendiri secara individu dan ada masanya kita perlu berkumpulan. Pegang hati kalian kuat-kuat. Bentukkan identiti mengikut acuan yang didamba. Bukan mengikut acuan yang telah ditempa. We're we and we are going to make a better world through us.

Be kind, 

Always.