Monday, 19 August 2019

DHEO'S - Anjell


Image result for dheo's

'Sejauh manakah duri sanggup berkorban demi mawarnya?'

Tajuk: DHEO'S
Penulis: Anjell
Genre: Fiksyen, Misteri, Romantik, Thriller
Penerbit: Karyaseni
Cetakan pertama: July 2018
Harga: RM 28 (SM)/ RM 31 (SS)
M/S : 653 m/s


SINOPSIS


Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu. 

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE

“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?


KOMEN

Bismillah…

Okay NoHR cilok balik review sendiri yang dah ditulis dalam goodreads dan ada penambahan sikit in shaa Allah.

Komen?

Jalan cerita superb sangat smooth walaupun bab awal-awal tu macam perlahan sikit sebab nak kenalkan main character. Pengolahan cerita mudah difahami. Cliffhanger yang memang boleh buat reader non-stop baca sampai sanggup tak tidur. Point of view (POV) 1 yang digunakan juga berkesan. (Walaupun saya macam teringin jugak nak tahu POV Dheo tu macam mana. Ekekeke...) Elemen misteri dan mesej yang diketengahkan memang menjadi.

Kritikan?
 
Berkenaan terjemahan bahasa asing dalam tu. NoHR sebolehnya mengharapkan ada terjemahan untuk Italian language yang dimasukkan ke dalam dialog. Sama ada di bawah muka surat ataupun di akhir halaman. Tak kisahlah mana-mana janji ada. Tapi hampa. Tak ada (Menangis tak berlagu) Nasib baik tak banyak jadi kegigihan nak meng’google translator’ tu bolehlah nak digagahkan.

Berkenaan genre novel ni. NoHR suka dengan latar misteri dalam novel ni cuma kurang sikit dekat bahagian thriller dan NoHR harap ada adegan lawan yang panjang sikit sebab bahagian-bahagian genting dalam novel ni ada cuma kurang. Jadi dia jadi macam satu ketidakpuasan disitu. 



p.s : You did a good job with Dheo's. Karya pertama Anjell yang NoHR baca dan in shaa Allah bukan karya Anjell yang terakhir. Keep writing Anjell, best of luck.

No comments:

Post a Comment