Saturday, 17 August 2019

Tentang Angan





Kehidupan seorang pelajar perubatan tahun satu yang dinukilkan sebagai Aya di dalam 'Tentang angan.' Pelajar jurusan perubatan yang masih merangkak di dalam dunia yang tidak pernah terjangka bakal diceburi. Ini kisah ... kisah yang dijanjikan buat kawan-kawan seperjuangan di dalam jurusan itu dan di dalam dunia penulisan. Tentang pancaroba tahun pertama yang dilalui, yang mulanya hanya sebagai satu angan dan mimpi yang tak pernah disangka bakal dijejaki.




Kalau dulu mereka akan tanya, "Kamu bila dah besar nak jadi apa?"

Kawan-kawan yang lain semua akan jawab nak jadi polis, tentera, angkasawan dan segala macam jenis pekerjaan yang gah. Aku? Dalam kepala aku cuma mahu jadi pemilik Digimon tapi kalau dizahirkan mahunya meletus tawa mereka. Jadinya aku pilih inisiatif lain dengan harapan agar tidak ditertawakan.

"Saya nak jadi doktor."

Dan sekarang masalah lain pula timbul. Peluh merenik di dahi. Dua pasang mata tertala ke arahku, memenuhi tugasan mereka sebagai si tukang penemuduga.

"Kenapa nak jadi doktor?"

Mulut gatal nak menjawab 'entah' tapi ditelan semula masuk ke dalam kerongkong. ' Apa yang nak disaji sebagai jawapan sekarang ni?'

Dalam angan-angan ... kita boleh jadi sesiapa sahaja yang kita mahukan.






Sila tekan bab-bab di bawah untuk membaca selanjutnya.


No comments:

Post a Comment